Biografi Seo Yu-na

Yuna dilahirkan pada 30 Disember 1992 di Busan, Korea Selatan.[1] Dia mula belajar bermain piano ketika berusia 7 tahun, memupuk minatnya untuk menjadi sebagai seorang penyanyi apabila dewasa. Ketika berusia 18 tahun, dia mengembara ke Seoul dari Busan bersendirian selepas mendapat kebenaran keluarganya. Dia berpindah sekolah dan tinggal di rumah bapa saudaranya ketika dia menghadiri uji bakat dan latihan menyanyi.[2]